Tuesday, August 26, 2008

Harum Sundal Malam



Nama bunga Harum Sundal Malam sesantainya diberi kerana harumnya semerbak menjelang waktu malam. Keharumannya menambah rasa ngeri tatkala berbaur keheningan malam. Meski ada pihak merasa kurang selesa dengan nama yang diberikan,namun ia semestinya membawa maksud yang tersendiri dan ‘menyeramkan’. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa. Berkelopak lima dan badannya memanjang serta memakai urna putih bersih. Daunnya hijau merimbun dan ia berdiri setinggi 7-8 kaki.
Bunga ini menjadi terkenal semula setelah sutradara Shuhaimi Baba mengangkat nama bunga itu menjadi judul filem. Filem Pontianak Harum Sundal Malam ternyata berjaya mempopularkan namanya sehingga ia meniti mesra di bibir warga. Watak penari panggung yang menjadi mangsa cemburu dan iri telah menjelma menjadi pontianak setelah dibunuh dengan kejam oleh pemujanya. Semasa dibunuh si penari sedang berbadan dua. Kepercayaan umum mengatakan bahawa perempuan mengandung mati dibunuh akan menjelma sebagai pontianak. Dan,ia akan mencari pembunuhnya demi menuntut bela di atas kematiannya.




2 comments:

Balkish said...

Ainol,

Tahniah for the promotion. Best la blog ni, sesangat lah bestnyer..mohon dipaut..

Ainol said...

salam bell n keluarga.amboi bersalju sakan.bila lagi kita nak merasa salji sekali lagi...mmm...terkenang Urbana di Illinois lebih sedekad yang lalu.
selamat belajar...paut kuat2 tau...