cangkir politik pojok sini tertumpah
terkena ekor harimau tempang lalu menyumpah
semau jadikan dewasa ini pasar raya fitnah
kasihan penoreh getah pengait sawit rebah
tercekik sebutir nasi bernilai emas
ia sekadar sisa di kamar nubari yang tak pernah puas
teratak damai berkecai dihempas batu fitnah
atapnya dibakar panahan umpat keji bernanah
dinding dirobek badai kontroversi memusnah
lantainya dimamah anai-anai hasad tak kenal erti lelah
sebelum ditumbangkan sebatang pohon prinsip nan mudah patah
segala kata-kata dahsyat dan menyayat didedah
durja terpalit lumpur malu bila anak kecil bertanya pada abah
apa itu liwat, fitnah, sumpah palsu dan seranah
terpampang pada busana warkah
demi mengaut untung melimpah
malangnya ia bakal kekal tercatat di lembaran sirah
warisan ini dijadikan bekalan
jawaplah leluhur di gerbang masa depan
pangkalan yang menyesak dan memualkan
ilham ainol
segamat,johor
4/8/08

4 comments:
hye laoshi..walaupun2 laoshi guna ayat2 melayu..tapi still bombastic..masa form4 laoshi kelas sastera ke???
urna tu ape??
gaya bahasa laoshi mmg power..
LAOSHI HEN TERE..
HEBAT BAHASA YANG DIGUNAKAN....
KEINDAHAN BAHASA YANG TERPALIT ADALAH LAHIR DARI JIWA YANG HALUS...
LAOSHI NI SEBENARNYA TERLAMPAU SAYANG PADA KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN WALAUPUN LAOSHI GARANG,DISEBALIK SEMUA TU HIDAYU TAHU LAOSHI TEGAS KERANA KETULUSAN AHTI LAOSHI YANG INGIN MELIHAT KEJAYAAN ANAK BANGSA...TERUSKAN STYLE LAOSHI....NOR MAIZATUL HIDAYU D4D1 YANG KENA SEMBUR DENGAN LAOSHI SEBAB MASALAH MASA DAN SIKAP SAMBIL LEWA...TERIMA KASIH LAOSHI...SAYA BERSYUKUR KERANA MASIH ADA GURU DIZAMAN INI YANG SEPERTI KAMU..
terima kasih komal dan hidayu,
urna bermaksud warna.laoshi gemar bermain dengan urna kerna tanpanya hidup ini hambar dan senada.dari sisi lain,ia menghantar makna mencari kelainan dan perbezaan dalam setiap perkara yang dilakukan bagi menzahirkan satu matlamat yang diimpikan.teruskan mencintai Bahasa Melayu dan ilmu...
satu persoalan..
siapa yang harus dipersalahkan atau haruskah kita menuding jari!!
kita kene sedar setiap musibah yang datang itu mesti ade sebab atas kesalahan kita sendiri..
namun setakat berbasa basi ianya tidak mendatangkan hasil langsung!!
hehe.. bukan nak mengkritik tapi nak meluah!!
dari peminat karya mu..
Post a Comment