Friday, August 21, 2009

Ujana Cinta

Sepasang uda dan dara menghuni ujana cinta
Mencicip harum kasih pertama kalinya
Segenap perhatian tertumpu indah tak terkata
Saat berpisah gelepar sesayap rengsa
Pucuk-pucuk rindu terbit menghijau
Saat dinihari hening kejap mengimbau
Kerak-kerak memori mendasari lantai waktu
Titisan embun melebur pepuing sendu
Sejeda cuma termampu menggempur lelahar rindu
Harap berkekalan memujuk kalbu
Sirna kala mentari setia merungkai palsu


Ilham Ainol

Segamat, Johor
21 Ogos 2009

3 comments:

sALbiYah bTe mOhamMad said...

cinta itu sangat indah.

Julian Jack Isyraq said...

chinta memang sangat indah...

ditinggalkan memang sangat sesak...

curang bagi mereka-mereka yang tidak adil...

Ilham Ainol said...

Salam Ramadan Salbiyah dan Isyraq,

Ah,wajah cinta mendakap syahdu.
Namun cinta kepada Yang 1 melampaui serakah nafsu dan sempadan rindu. Nah,bulan Ramadan ini marilah kita menambakan cinta dan kasih-Nya...