Friday, July 9, 2010

Teater "Tanah Lindungan Tuhan" 10 Julai 2010

Teater ini didatangkan khas dari Johor Bharu. Pn Rahimah Muda telah sanggup menukang skrip teater khusus buat warga UiTM dan Segamat. Ia bakal dipersembahkan oleh kumpulan teater Gerbang Unik dan akan diarahkan oleh Sdr Zambri Pangat. Ahli Persatuan Bahasa Mandarin UiTM Johor telah terpilih untuk memeriahkan lagi teater tersebut. Nini, Ain dan rakan-rakan akan berkongsi pentas Dewan Sri Temenggong untuk menterjemahkan isi teater kepada khalayak penonton. Pengalaman yang bakal ditimba nanti akan mewarnai indah kanvas hidup mereka.  Jalinan industri ini perlu dipersubur agar para pelajar dan warga UiTM dapat melebarkan sayap ke wilayah lain yang tentu sekali menyediakan pengalaman yang berbeza daripada kehidupan rutin di kampus.
Teater yang berkisar perjuangan anak bangsa memartabatkan bahasa Melayu dan budaya bangsa digarap penuh seni dan halus.  Niat penjajahan dalam apa bentuk sekalipun wajib dinyahkan dan dibanteras.
Moga persembahan yang julung-julung kali diadakan di 'rimbaraya' kampus ini akan menyemarakkan seketika tumpuan dan mauduk perbualan mereka.

Syabas kepada warga kerja PBM, UPENA Johor, HEP, DBPWS dan PPJ Segamat.

*Teater TLT akan dipersembahkan di Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor pada
jam 8 mlm. Tiket (baki) akan dijual di pintu masuk DST.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Ainol,
Berbanyak-banyak terima kasih atas pelawaan kepada pihak DBPWS untuk bersama-sama dalam pementasan teater ini.
Usaha gigih Tuan sesungguhnya melonjakkan semangat para pelajar UiTM serta buat diri ini.

Ilham Ainol said...

Tuan Rusdi,
Kami pun berbangga dan bersyukur kerna pihak DBPWS yakin dengan UiTM Johor. Kerjasama yang terjalin bakal memanfaatkan banyak pihak terutama sekali para pelajar dan penggiat seni teater. Kami cuba membantu apa yang termampu.Terima kasih daun keladi lain kali datang lagi...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam ziarah sdr.ainol yang dihormati. terima kasih dengan maklumat dalam entri ini. tumpang bangga+gembira.

Ilham Ainol said...

salam sejahtera sdr. Rendra.Tahniah kerna selamat membina mahligai bahagia dengan insan tercinta.moga berbahagia sehingga ke anjung usia.teater TLT telah selamat dipersembahkan di UiTM Johor Kampus Segamat malam minggu lepas.saya teruja dan insaf saat menyaksikannya.berbaur perasaan ketika puisi dideklamasikan;dialog diucapkan;muzik digemakan;asyik saat tarian zapin dilenggokkan.saya belajar lagi untuk mencintai bahasa dan budaya bangsa...seronok dapat berkongsi kembara rasa dengan pihak yang terlibat...nanti saya akan titipkan dalam blog(sedang menunggu gambar-gambar daripada pelajar)...