Friday, March 25, 2011

Video Terlampau

Adik sedang baca apa?
     Maharaja dengan busananya.
     Baginda bertelanjang di depan jelata.

Abah pula sedang tengok apa?
     Kuasawan dengan video rahsia.
     Mereka mengaibkan maruah sebangsa seagama.

Adik tak sanggup berpekerti demikian.
Abah pula cuba meroboh tembok kejelekan.
Moga anak cucu kita terus menolak kebobrokan. 


Ilham Ainol
PPJ Segamat
25 Mac 2011

5 comments:

Maria Hadiey said...

salam en. ainol...boleh x saya nak dapatkan buku yang digunakan untuk subjek mandarin....hua wen lian xi(-) dan hua wen ke ben...kalau ada la n berapa price dia...

Ilham Ainol said...

Salam perkenalan.
Ni hao.

Puan boleh dapatkan buku tersebut daripada Cik Toh LingLing di UiTM JB kerna beliau mengajar huayu pada hari Isnin dan Selasa, manakala pada hari Rabu hingga Jumaat beliau ada di UiTM Segamat. Harap maklum.

shahirahkhairudin said...

kuasa dan nama buat manusia jadi semakin bejat en ainol..

moga-moga generasi seterusnya celik mata, hati pula tidak buta..

Ilham Ainol said...

Salam ukhuwah Shairah.

Rasa seronok kerna Shairah berminat menyertai bengkel kita di Mersing pada 27-29 Mei 2011. Kami teruja menerima rafik seujana yang minat menghidu kuntum sastera yang mengembang, jua gemar menikmati madu penulisan yang menggiurkan.
Moga cerpen dan puisi dapat dihasilkan penuh gaya.
Syabas!

halimunanisasi said...
This comment has been removed by the author.