Wednesday, July 30, 2008

Luahan Rasa



Acapkali saya diajukan soalan lazim seperti bagaimana saya boleh bersekolah di sekolah cina? Mula-mulanya terjahan soalan sebegitu memegunkan dan sesekali menyenakkan; kekadang membosankan dan kekadang terbit sinar kejengkelan apa hak mereka mengemukakan soalan tersebut. Adakah mereka kagum melihat kejayaan saya(mungkin mereka kagum dengan keazaman saya hingga membuahkan hasil); atau adakah mereka kurang yakin(sudah tentu bukan dengan saya); atau mungkin sekadar bertanya soalan kosong sahaja. Jawapan kilas beralas saya adalah segala-galanya ditentukan oleh Yang Maha Esa dan diwarnai oleh bapa saya yang bervisi dan berisi. Sudah pasti pendidikan awal anak-anak banyak diwarnai dan dilatari oleh kedua-dua orang tua dan alam sekeliling. Ia dilanjutkan kepada sekolah rendah dan seterusnya melangkah ke tangga menara gading. Hati puas seandainya berpeluang menjejakkan kaki di tangga menara gading di tanah air sendiri; barangkali lebih bertuah dan ‘bermegah’ seandainya berpeluang ke luar negara menghirup angin pengalaman yang berbeza, berpelbagai warna dan rasa. Harapan seorang bapa yang menggantungkan seribu pengharapan ke bahu anaknya untuk menimba seberapa banyak telaga pengalaman; menghirup seberapa banyak rasa dan aroma di cangkir kehidupan; dan mengutip seberapa banyak kejayaan di hari mendatang dan meluaskan ufuk minda serta mempertajam pemerhatian agar akhirnya kita langsung dewasa di dalam bahtera kehidupan dan profesion yang diceburi. Saya tidak kisah seandainya jawapan itu bakal mengundang kemusykilan atau kurang menyakinkan. Yang pasti, saya sudah bersedia memberikan penjelasan yang berterus-terang dan penuh keyakinan. Usia juga yang banyak mendewasakan kita. Usia juga yang mengajar kita berwaras dan berkira-kira sentiasa agar tindakan kita bisa menjadi teladan yang berkesan dan membahagiakan.

4 comments:

Anonymous said...

thankz laoshi.. betul tuh kite yang menentukan hidup kita. siapa yang musykil dengan kita biarkan mereke karna mereka bukan ditempat kita.. teruskan perjuangan mu.. huhu...

april said...

assalamualaikum laoshi...
saya sudah baca apa yang laoshi tulis dan saya tertarik dengan kebolehan laoshi yang fasih berbahasa mandarin..untuk pengetahuan laoshi..saya pernah bersekolah di tadika cina dan sekolah rendah cina..tapi hanya untuk 2 tahun kerana saya terpaksa berpindah atas sebab-sebab tertentu..saya berasa menyesal kerana tidak menyambungkan pelajaran di sekolah cina kerana saya minat berbahasa cina..sekarang, saya berpeluang mempelajari bahasa mandarin dan saya harap laoshi dapat beri tunjuk ajar..xiexie laoshi...

Mawar said...

Sdr Ainol
wah, entri ini membawa kembali kenangan masa kecil dengan sahabat cina di pulau selatan. banyak yang saya rakam dalam karya. mandarin sudah lama ditinggalkan dan perlu belajar lagi. jadi guru saya, ya!

Nur'Aisyah said...

salam laoshi...
saya cukup kagum dengan kebolehan dan usaha laoshi.adakah laoshi fasih dalam bahasa lain?