Friday, August 15, 2008

Bantahan Aman UiTM Johor

Tepat jam 11.20 pagi bertempat di Dataran Bendahara, UiTM Johor maka bergemalah laungan ‘Hidup Bumiputra’ dan ‘Hidup Melayu’. Laungan yang keras dan serius itu pertama kali berkumandang di Dataran Bendahara yang bakal menjadi sejarah. Sejarah yang akan tertera di minda dan nubari para pelajar UiTM agar bangun menentang kenyataan provokasi Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau dengan lantangnya menganjurkan agar UiTM membuka ‘pintunya’ kepada kaum lain. Beliau mencadangkan agar 10% kaum bukan bumiputra diberi peluang untuk menimba ilmu di menara gading tersebut yang kesekian lamanya hanya khusus untuk pelajar bumiputra sahaja.
Mendengik mentari pagi terik membakar kulit namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat para pelajar dan staf UiTM Johor untuk meneruskan bantahan secara aman. Isu ini telah dilihat sebagai niat untuk mengalihkan pandangan umum daripada menumpukan perhatian di Permatang Pauh kepada isu kontroversi tersebut. Tan Sri Khalid Ibrahim rela menjadi ‘korban’ percaturan politik PKR mutakhir ini bagi memastikan laluan mudah kepada saudara Anwar Ibrahim meraih kemenangan besar pada pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 26 Ogos 2008 nanti. Seandainya beliau menang maka sebahagian perancangan beliau untuk menerajui tampuk kuasa negara bakal tercapai dengan mudah.
Isu tersebut meletus pada awal minggu ini,dan pada hari Rabu iaitu 13 Ogos 2008 dianggarkan 10,000 pelajar UiTM Malaysia (Shah Alam) keluar beramai-ramai menuju ke bangunan Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam sambil melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Hidup Bumiputra’. Protes yang ditunjukkan oleh para pelajar UiTM tersebut sememangnya wajar dimengerti. Ia menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan anjuran Menteri Besar tersebut,dan mereka juga enggan bersekongkol dengan petualang Melayu yang sedang enak meratah juadah ‘kuasa’. Malangnya, hanya UiTM sahaja yang tinggal untuk para pelajar bumiputra mendapat pendidikan di pengajian tinggi tanpa perlu berebut dan berkongsi dengan kaum lain. Mereka berasa terkilan den.gan kenyataan seorang pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan masa depan anak Melayu demi menagih insentif ‘perbatuan politik’ yang murahan dan melampau. Oleh itu, selagi anak bumiputra tekun menimba segala ilmu dan peka kepada alam sekitar serta wani menyahut cabaran mendatang,maka masa depan anak-anak bumiputra ini bakal terbela dan terjamin.

Ingat kepada slogan ‘takkan Melayu hilang di dunia.’ Laungan keramat yang diwariskan Hang Tuah kepada kita wajar dipertahan dan diperjuangkan habis-habisan demi maruah dan kelangsungan survival bangsa Melayu khususnya dan bangsa Malaysia amnya. Bangsa Melayu yang kaya dengan sikap sopan santun mudah berubah menjadi seekor harimau garang seandainya ia dicabar dan diinjak. Kita semestinya perlu bersikap lebih sensitif dan toleran dalam menangani isu masyarakat majmuk yang berbilang agama dan budaya.

8 comments:

Unknown said...

ye!! ami setuju ngan laoshi.. kita kene pegang kata2 tuh.. xkan melayu hilang didunia!!

hidup melayu..!!

Anonymous said...

laoshi.
waktu ni saya turun padang bersama-sama untuk menegakkan hak melayu.
pada saya, Tan Sri Khalid tidak sepatutunya memberi cadangan sebegitu. Beliau seharusnya menegakkan hak bangsa sendiri. Pada saya bangsa lain pasti sedang bergelak tawa melihat telatah orang melayu yang gaduh sesama bangsa. bukankah melayu patut bersatu. saya berdoa agar Allah melembutkan hati Tan Sri Khalid agar menarik balik cadangan beliau dan memohon maaf atas tindakannya itu. ingatlah Melayu jika kita terus begini,kita pasti akan ditindas!Melayu harus bersatu!tidak harus berhasad dengki!

Anonymous said...

terima kasih ami dan wawa.

selain menentang sekeras-kerasnya provokasi tersebut,maka sebagai pelajar UiTM,kamu perlu menggunakan peluang yang diberi untuk memperkasa diri dan melestarikan kehidupan.

Hidup Melayu!

Anonymous said...

saat perarakan di uitm segamat, saya bersama-sama barbara serta zikri dan komal turut ada.. hmm.. memang saya akui .. tak ramai yang turun pada hari tersebut kerana ramai yang telah balik.. namun.. sepatutnya.. semua warga uitm harus turun padang .. uitm milik kita .. warga melayu. mungkin masa tan sri khalid utarakan idea tersebut. beliau mungkin xterlupa perjuangan sebelum lahinya uitm.. bagaimana uitm bertapak sehingga berjaya seperti sekarang ..

Anonymous said...

hello mr. ainol, i was not in uitm on that day. so glad i can read about it from you. and congratulations for the promotion!!

Anonymous said...

xkan hilang melayu didunia
tggungjwb besar digalas dari kecil

satu pengalaman yang xkan dapat diulang

Anonymous said...

sungguh tidak bersekolah langsung seseorang yang bernama khalid ibrahim...
ape² pown siapa gerangan pemuda bermaju merah dalam gambar itu...?

ikhlas dari J-Kong D4D1...

Anonymous said...

pedulikan kepada siasah politik yang hanya pandai membaling batu ke dalam sup panas sehingga terpercik ke muka orang...dan diri sendiri...kotornya politik atau kotornya tindak-tanduk bila berpolitik?
terima kasih kerna sudi singgah sejeda.